Subscribe by RSS RSS Icon
Follow me on Twitter Twitter Icon

indah dan chumel~

dialog yang indah terungkap kini~
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

dua watak dalam drama kali ini~
skrip adalah spontan. jika kecacatan berlaku, ia adalah kerna ini hasil idea amatur..
::lalala::
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

dua watak tersebut adalah si A dan B..

A-
mana kamu pergi selama ini?

B-
penat berlari

A-
kenapa kamu berlari?saya tidak mengejar..cuma mencari..saya penat mencari..

B-
sy lari dari yang mengenali..lari dari yang sudah tertulis~

A-
nama kamu dah terpahat dalam kotak pemikiran..lambat laun..yang mengenali kamu akan cuba mencari..cuma masa yang akan menakrif~

B-
buat seketika saya tidak mahu ditemui..saya mahu hilang..
tapi..bukan untuk selamanya

A-
saya faham kenapa kamu ambil langkah tersebut.jadi sekarang..kamu da ok?
mahu mengenali semula apa yang telah lama meninggalkan?

B-
tidak mahu..masa membekukan segala yang pernah mengalir..bia la ia beku..
kalau mengalir pasti akan kering..kerna cerita silam yang tak bernoktah~

A-
cerita silam akan dikenang untuk menghadapi cerita yang akan datang..cerita tersebut yang akan menghalang kita dari buat salah pada benda yang sama..semakin kuat menolak memori..semakin kuat ia kembali..

B-
saya penat berlari..penat menolak..sy berhenti..dan mula menerima..
tapi ada sesuatu yang sudah punah..

A-
tinggalkan yang punah..ambil serpihan yang boleh digunakan dan bina benda yang baru..kamu umpama pheonix yang bangkit dari abu~

B-
saya tak ingin menjadi burung syurga itu.kehancuran nya sampai menjadi abu..
saya hanya mahu hilang dari pandangan..mahu jadi orang asing..mahu hapus segala langkah semalam...

A-
satu kerugian jika satu keindahan hilang dari pandangan.setiap keindahan mempunyai ciri yang berbeza.tidak mungkin satu keindahan dapat diganti dengan keindahan yang lain.langkah semalam masih ada yang mengekori..walau malam itu kelam, namun masih ada yang menyintai malam..walau siang itu terik..masih ada yang menunggu kedatangan siang..

B-
Apa guna malam bertukar siang,siang berganti malam andai mata untuk melihatnya sudah ku pejam rapat..siang yang silau dah gelita sang malam membutakan..

A-
pabila mata dipejam dikala malam, mimpi indah akan menyusul.jika waktu siang membutakan, masih ada yang sudi untuk menunjukkan arah. jangan dipinggir insan yang mahu mencipta memori bersama kamu..tipikal malam adalah sejuk, tidak mustahil bahang kan muncul~

B-
kala hati tak tenang, sejuk pun tak beku..panas lagi tak terasa..
jiwa goyah dengan segala tanya..tidur pun tak ingin bimbangkan mimpi..yang kan bawa nyawa pergi..

A-
kata indah menjadi hiburan. mengairi jiwa yang kering. menyuburkan hati yang gering..
bicara menjadi medium utama pabila hati tak tertanggung derita..bisikan adalah permulaan pertama sebelum ungkapan kata yang terang~


B-
biarlah..
biar segala yang kering itu mati luruh...yang mengalir biarlah hilang tanpa gelora..
agar mata yang melihat saksikan indah permandangan, dahaga kering ku tanggung sendiri~

A-
::tamat tanpa kata::

p/s- skrip si B sangat chumel~

berbuka puasa!

sangat-sangat senak harini~
memang terbaik!

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

harini berbuka puasa klcc convention centre..
siyes kat sana terbaik..
harga 1 kepala pun sedap..
rm90++

surely la bukan aku yang bayar..
company DSA yang fully support..
thanks to them..

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

tadi aku makan
  1. nasi putih + lauk..lauk...lauk
  2. askim (demand lagi kat chef..suh letak 5 scoops)
  3. laksa penang
  4. murtabak + roti jala + kuih muih
  5. daging kambing + sate
  6. buah buah
  7. lupa da ape yang aku sumbat dalam perut ~
blogger-emoticon.blogspot.com

semalam buka kat hotel westin..
kurang best sebab tak variety..
yang best sebab FREE..
thanks to company samsung brother

akan datang akan berbuka kt hotel concorde..
ditaja oleh HW Lima~

banyak lagi yang akan aku gegar~
 
Copyright Info.

Nulla enim nibh, conse ctetuer sed, vesti bulum eleme ntum, sagittis nec, diam. Mauris blan dit vehi cula neque. Read More

XHTML/CSS validations
Valid XHTML 1.0 Transitional Valid CSS!