Subscribe by RSS RSS Icon
Follow me on Twitter Twitter Icon

tak pasti.

apa beza di antara sabar dengan memendam rasa?

aku tak dapat beza kan..

patut la tiba-tiba aku meletup..

sebab selama ini aku ingat kan aku sabar..

rupa nya aku memendam.

hmm.dah meletup. bukannya boleh baiki keadaan.

lagi teruk.ada la..

nak buat camne. memang lega sangat-sangat..

tapi hanya seketika.


sudut tepi~

aku sanggup tolak kemarahan untuk mendapatkan ketenangan

kemarahan tetap ada cuma aku tidak menghiraukan buat seketika.

cuma yang aku takut. kemarahan tersebut muncul semula dan mungkin lebih marak.

berdoa je k..

alahai..moga bulan malam ini tidak tunduk pada matahari siang~

plaza baru!

sudah dua minggu aku jaga plaza TEMERLOH, CHENOR, MARAN
tidak seronok kerana lagi sekali perlu berkenalan.
hmm.

aku tidak suka berkawan. berkawan adalah hubungan yang tidak sengaja.
tidak pernah mencari kerana bila mencari, ia tidak pernah kekal.
lenyap dimakan waktu.

terfikir untuk cari kerja lain!
tapi adakah tuhan memberi kan jalan mudah bagi ku.
bos..
kerja aku senang cuma tanggungjawab besar.
tu yang ramai tak tahan.
masalah bawa sampai ke rumah.
fikir dan fikir.

bagi la gaji lebih. baru lah terasa semangat

blogger-emoticon.blogspot.com

ikut la weh~

aku gembira borak dengan kau.
lama.penuh topik.tidak bosan.
tiba-tiba kau nak pause. hold.

owh.patut lah perlu hold.
ada cal lain masuk.
mungkin remeh tapi tetap buat kan aku berfikir.

anda semua perlu faham kenapa somebody pause borak dengan anda dan pick up cal in orang lain.
fine.aku tak perlu mara kerana aku ada kesimpulan sendiri.

ala.bukan sekali dua jadi.result nya aku suda biasa.
tidak peduli adalah jalan bagi menjaga hati yang indah.

kau lebih lama kenal dia berbanding aku.
mungkin dari segi itu yang membuat kan aku kalah.
kalah untuk beberapa saat dan menerima kekalahan untuk sepanjang hari.
mungkin sepanjang minggu.tapi tidak mungkin untuk sepanjang tahun.

sekarang aku banyak mengambil langkah tidak peduli untuk elak kan baran menjadi hobi.

penat~

aku sudah penat berfikir..
moral aku semakin down.merudum.jatuh.rebah
huh~

Din, kenapa kau bagi notis 24 jam kat bos..
bengong la kau..
aku perlu kan kau bila aku kene marah..
aku perlu kan kau bila tekanan..

setan la..kau tiada lagi..
aku berjuang seorang..
sekali lagi..tak suka!

thanks safwan..kau cal aku..
bila aku angkat tu..makna nya aku tensen~

pagi ahad~

sabtu.kawan ajak keluar.aku suka duduk rumah.tapi malam sabtu tersebut.aku buat pengecualian.sekadar hendak merapatkan hubungan.bukan bergembira semata. pergi taman bunga raya.makan nasi lemak.air ada orang belanja.nasi bayar sendiri.singgah uptown danau kota.mencari pandangan indah.aku hanya folow.sebab aku bukan drive.sesak, bahang tapi tenang.dapat lihat perangai budak-budak remaja yang baru nak up.

abis program kat sana.kawan-kawan semua cucuk aku suruh belanja sate kajang.aku iya kan je. pening kepala kalau nak argue.sampai kedai.kedai nak tutup.fine.makan cepat.balik.

ahad.kawan msg, ajak pergi titiwangsa.joging. hmm..sudah!..pukul 9 baru aku baca msg ko mie. haram nak jog pukul 9. terbakar kulit aku nanti. fine. pergi gak titiwangsa. dari aku membuta sampai ke tengah hari. baik aku pilih untuk bergerak. sampai titiwangsa. aku dengan mie naik bot kayuh. murah.rm3 setengah jam.

maaf. lutut aku masih tidak kuat. tapi gagah kan untuk nampak gagah. kayuh setengah jam. meroyan otot aku. nasib baik aku tak req satu jam..lumpuh terus nanti kat tengah tasik tu.

berpeluh.selekeh.naik moto. ram sikit. moto bergerak 20-30 km/j..ada aku kisah kenapa slow..laju-laju nak kemana pun.juz nak singgah kedai makan kat kg baru.

rezeki untuk hari ini even bayar sendiri. amik nasi, kerabu perut, talapia bakar. makan sampai ikan dah tak nampak rupa ikan, nasi dah tak nampak kelibat, perut tak tahu mana hilang.rm8.30..bayar dan pergi.

penat dan nak balik.hirau kan pesanan ayah untuk singgah rumah ibu. nanti-nanti lah kamil repair lampu tu. tak larat hari ini. penat bukan sebab kayuh. bukan sebab fizikal. tapi sebab positifkan benda yang negatif. sudah. aku sudah flat. memang aku positif. dan nak balik tidur.

sampai rumah. tidur 5 minit. dan hasil nya. tetap penat dan terpaksa mencari medium untuk menghiburkan hati sendiri. mencari benda yang tidak bernyawa kerana hidupan bernyawa berhenti seketika melayan aku. aku faham. aku adalah kesedihan, kesakitan. kenapa hidupan bernyawa ingin mencari aku.kan?

kucing aku sudah dera. mintak makanan, sudah bagi tapi tidak mahu makan.fine. aku bagi makanan kau pada kucing lain. licin. bagus kucing jiran. bagi semua, tidak pilih dan licin.senang.betul tanggapan aku. aku hanya kesakitan bagi hidupan lain.

celaru~

semalam.
aku perlu turun ke site.
hmm.CNY yang serupa tidak cuti.harga sebuah kerja
11pm sampai 1am. aku perlu stay di sana untuk melihat parameter berubah.
semalam EWL (east west link) ada diskaun. Sejak JAZIMAN jadi menteri gantikan SAMY VELLU.
asyik-asyik suruh diskaun tol. tahu ke tol aku diskaun berapa?
20% bersamaan dengan 10 sen..
terbaik kan?

kerana 10 sen, aku perlu meredah malam untuk menjadi saksi..
saksi yang hanya untuk beberapa jam.
yang penting kene ikhlas.
NAJIB, kau tak patut umumkan yang tol tersebut akan tutup bulan 5 ni.
huh!

sangat-sangat simpati pada jurutol,penyelia dan segala yang terlibat..
masa depan yang tidak pasti. tak tahu arah tuju.
aku yang sendiri terkejut bila dengar kata-kata kau NAJIB..
dalam buletin TV3 yang semakin ke laut.
aku harap semua yang terlibat dengan plaza tol tersebut, akan dapat pampasan.
pampasan yang mampu mereka bernafas untuk sebulan dua.
jangan la sekadar pampasan yang cukup syarat..

seronok berbual dengan jurutol-jurutol semalam
walaupun usia makin dimamah.
aku tetap panggil kau kakak =p

tersentuh, terhenti seketika, terfikir melayang mendengar sejarah, keluhan mereka
aku hanya pegawai yang tidak berupaya membela mereka.
hanya mampu memberi kata semangat dan pandangan positif..
malam ini, aku perlu pergi sana lagi..
untuk melihat parameter berubah seperti sediakala (harga asal)

harap insan semalam akan ada untuk hari ini.
sebab aku punya masalah sendiri dan aku perlu mendengar masalah orang lain untuk mengelak dari berfikir masalah aku.
walau sekejap, masa tersebut indah.
aku harap aku dapat jaga mereka lebih lama~
 
Copyright Info.

Nulla enim nibh, conse ctetuer sed, vesti bulum eleme ntum, sagittis nec, diam. Mauris blan dit vehi cula neque. Read More

XHTML/CSS validations
Valid XHTML 1.0 Transitional Valid CSS!