juliet berkata~
bosan. tak boleh tido. merepek. hati resah. malam terang. hati gelita. fikiran merantau. denyut nadi hilang. sesekali dengar hembusan nafas sendiri. mengeluh, sesuatu bagai kusut tapi jelasnya tidak kelihatan. ingin dicari tapi tiada hujung pangkal. resah, resah hati gelisah. mahu digapai awan tak dirasa.malam hitam, langit cerah. mata pejam ta bermimpi.
kamil+romeo = komeo berkata kembali~
bosan kerna ada perkara yang tidak disukai berlaku berulang kali. hitam pasti akan luntur dan menjadi putih jika dibiar kan ia dimakan masa. bia lah ia berlaku dan berlalu. jangan paksa ia untuk menjadi putih. paksaan memerlukan daya tambahan. cukup lah daya yang sudah terbuang. simpan lah untuk diguna kan bagi menghadapi cabaran dan dugaan yang lain.
awan tinggi dan tak mampu digapai. indah tapi tak terasa. jika ia dapat dirasa, seri untuk awan mungkin tiada lagi. bia lah ia tinggi. bia la tidak sampai agar bumi tak kan terasa tersisih. yang tinggi selalu dicari dan dipuja. bagaimana yang rendah?
harta depan mata, indah dan mampu merasa. embun dingin di kala dinihari. sejuk suhu nya jika disentuh dek jari telunjuk. rendah dari awan namun tetap indah.
dewi mimpi tidak datang pada mu malam ini kerna perlu merancang skrip, drama dan pementasan untuk mu agar segala rantaian kebuntuan, kekusutan akan terlerai setelah tersedar dari alam mimpi yang panjang~
untuk mu juliet~
bia luka sembuh sendiri~
pejamkan pancaindera mu agar hati mu dapat membisik kan rayuan nya yang sekian lama tidak berani terbit.
lebuhraya bahagia untuk mu masih dalam pembinaan.
tersenyum tatkala sebelum terlelap
Posted on Monday, January 10, 2011 at 9:38 PM
in
heaven
by
qe-runk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment