Subscribe by RSS RSS Icon
Follow me on Twitter Twitter Icon

kali terakhir..

selamat tinggal page ini..

segala kenangan akan aku bingkai kan dalam diari hidup.

aku akan tinggalkan kau sampai aku sendiri lupa password kau..

so long..

bai~


blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

tak pasti.

apa beza di antara sabar dengan memendam rasa?

aku tak dapat beza kan..

patut la tiba-tiba aku meletup..

sebab selama ini aku ingat kan aku sabar..

rupa nya aku memendam.

hmm.dah meletup. bukannya boleh baiki keadaan.

lagi teruk.ada la..

nak buat camne. memang lega sangat-sangat..

tapi hanya seketika.


sudut tepi~

aku sanggup tolak kemarahan untuk mendapatkan ketenangan

kemarahan tetap ada cuma aku tidak menghiraukan buat seketika.

cuma yang aku takut. kemarahan tersebut muncul semula dan mungkin lebih marak.

berdoa je k..

alahai..moga bulan malam ini tidak tunduk pada matahari siang~

plaza baru!

sudah dua minggu aku jaga plaza TEMERLOH, CHENOR, MARAN
tidak seronok kerana lagi sekali perlu berkenalan.
hmm.

aku tidak suka berkawan. berkawan adalah hubungan yang tidak sengaja.
tidak pernah mencari kerana bila mencari, ia tidak pernah kekal.
lenyap dimakan waktu.

terfikir untuk cari kerja lain!
tapi adakah tuhan memberi kan jalan mudah bagi ku.
bos..
kerja aku senang cuma tanggungjawab besar.
tu yang ramai tak tahan.
masalah bawa sampai ke rumah.
fikir dan fikir.

bagi la gaji lebih. baru lah terasa semangat

blogger-emoticon.blogspot.com

ikut la weh~

aku gembira borak dengan kau.
lama.penuh topik.tidak bosan.
tiba-tiba kau nak pause. hold.

owh.patut lah perlu hold.
ada cal lain masuk.
mungkin remeh tapi tetap buat kan aku berfikir.

anda semua perlu faham kenapa somebody pause borak dengan anda dan pick up cal in orang lain.
fine.aku tak perlu mara kerana aku ada kesimpulan sendiri.

ala.bukan sekali dua jadi.result nya aku suda biasa.
tidak peduli adalah jalan bagi menjaga hati yang indah.

kau lebih lama kenal dia berbanding aku.
mungkin dari segi itu yang membuat kan aku kalah.
kalah untuk beberapa saat dan menerima kekalahan untuk sepanjang hari.
mungkin sepanjang minggu.tapi tidak mungkin untuk sepanjang tahun.

sekarang aku banyak mengambil langkah tidak peduli untuk elak kan baran menjadi hobi.

penat~

aku sudah penat berfikir..
moral aku semakin down.merudum.jatuh.rebah
huh~

Din, kenapa kau bagi notis 24 jam kat bos..
bengong la kau..
aku perlu kan kau bila aku kene marah..
aku perlu kan kau bila tekanan..

setan la..kau tiada lagi..
aku berjuang seorang..
sekali lagi..tak suka!

thanks safwan..kau cal aku..
bila aku angkat tu..makna nya aku tensen~

pagi ahad~

sabtu.kawan ajak keluar.aku suka duduk rumah.tapi malam sabtu tersebut.aku buat pengecualian.sekadar hendak merapatkan hubungan.bukan bergembira semata. pergi taman bunga raya.makan nasi lemak.air ada orang belanja.nasi bayar sendiri.singgah uptown danau kota.mencari pandangan indah.aku hanya folow.sebab aku bukan drive.sesak, bahang tapi tenang.dapat lihat perangai budak-budak remaja yang baru nak up.

abis program kat sana.kawan-kawan semua cucuk aku suruh belanja sate kajang.aku iya kan je. pening kepala kalau nak argue.sampai kedai.kedai nak tutup.fine.makan cepat.balik.

ahad.kawan msg, ajak pergi titiwangsa.joging. hmm..sudah!..pukul 9 baru aku baca msg ko mie. haram nak jog pukul 9. terbakar kulit aku nanti. fine. pergi gak titiwangsa. dari aku membuta sampai ke tengah hari. baik aku pilih untuk bergerak. sampai titiwangsa. aku dengan mie naik bot kayuh. murah.rm3 setengah jam.

maaf. lutut aku masih tidak kuat. tapi gagah kan untuk nampak gagah. kayuh setengah jam. meroyan otot aku. nasib baik aku tak req satu jam..lumpuh terus nanti kat tengah tasik tu.

berpeluh.selekeh.naik moto. ram sikit. moto bergerak 20-30 km/j..ada aku kisah kenapa slow..laju-laju nak kemana pun.juz nak singgah kedai makan kat kg baru.

rezeki untuk hari ini even bayar sendiri. amik nasi, kerabu perut, talapia bakar. makan sampai ikan dah tak nampak rupa ikan, nasi dah tak nampak kelibat, perut tak tahu mana hilang.rm8.30..bayar dan pergi.

penat dan nak balik.hirau kan pesanan ayah untuk singgah rumah ibu. nanti-nanti lah kamil repair lampu tu. tak larat hari ini. penat bukan sebab kayuh. bukan sebab fizikal. tapi sebab positifkan benda yang negatif. sudah. aku sudah flat. memang aku positif. dan nak balik tidur.

sampai rumah. tidur 5 minit. dan hasil nya. tetap penat dan terpaksa mencari medium untuk menghiburkan hati sendiri. mencari benda yang tidak bernyawa kerana hidupan bernyawa berhenti seketika melayan aku. aku faham. aku adalah kesedihan, kesakitan. kenapa hidupan bernyawa ingin mencari aku.kan?

kucing aku sudah dera. mintak makanan, sudah bagi tapi tidak mahu makan.fine. aku bagi makanan kau pada kucing lain. licin. bagus kucing jiran. bagi semua, tidak pilih dan licin.senang.betul tanggapan aku. aku hanya kesakitan bagi hidupan lain.

celaru~

semalam.
aku perlu turun ke site.
hmm.CNY yang serupa tidak cuti.harga sebuah kerja
11pm sampai 1am. aku perlu stay di sana untuk melihat parameter berubah.
semalam EWL (east west link) ada diskaun. Sejak JAZIMAN jadi menteri gantikan SAMY VELLU.
asyik-asyik suruh diskaun tol. tahu ke tol aku diskaun berapa?
20% bersamaan dengan 10 sen..
terbaik kan?

kerana 10 sen, aku perlu meredah malam untuk menjadi saksi..
saksi yang hanya untuk beberapa jam.
yang penting kene ikhlas.
NAJIB, kau tak patut umumkan yang tol tersebut akan tutup bulan 5 ni.
huh!

sangat-sangat simpati pada jurutol,penyelia dan segala yang terlibat..
masa depan yang tidak pasti. tak tahu arah tuju.
aku yang sendiri terkejut bila dengar kata-kata kau NAJIB..
dalam buletin TV3 yang semakin ke laut.
aku harap semua yang terlibat dengan plaza tol tersebut, akan dapat pampasan.
pampasan yang mampu mereka bernafas untuk sebulan dua.
jangan la sekadar pampasan yang cukup syarat..

seronok berbual dengan jurutol-jurutol semalam
walaupun usia makin dimamah.
aku tetap panggil kau kakak =p

tersentuh, terhenti seketika, terfikir melayang mendengar sejarah, keluhan mereka
aku hanya pegawai yang tidak berupaya membela mereka.
hanya mampu memberi kata semangat dan pandangan positif..
malam ini, aku perlu pergi sana lagi..
untuk melihat parameter berubah seperti sediakala (harga asal)

harap insan semalam akan ada untuk hari ini.
sebab aku punya masalah sendiri dan aku perlu mendengar masalah orang lain untuk mengelak dari berfikir masalah aku.
walau sekejap, masa tersebut indah.
aku harap aku dapat jaga mereka lebih lama~

tolong jangan buat!

tolong la korang jangan letak lagu auto-play pada blog korang..
siyes aku tak suka!
tapi blog korang...suka hati korang la..

aku juz bagitahu apa yang aku tak suka..
mungkin ramai yang tak suka gak kot..

hilang mud aku membaca jika tiba-tiba tersentak terdengar lagu ntah dari mana.
ni alasan nya..

1- aku da sedia pasang lagu. lepas tu, bila aku masuk blog cam tu..da bercampur gaul lagu.
2- taste lagu aku dengan taste lagu korang, berbeza.
3- bila da terdengar lagu pada blog korang, dan aku terasa nak pause kan..kena cari button pause..da la kecik button nya..halus..saja korang nak tambah kan power rabun aku! ada blog yang tak de button pause..siot..geram je singgah~
4- aku lagi suka menatap dari segi visual berbanding audio..korang kne ikut nasihat aku ni..haha~

dadali band - di saat aku mencintaimu

kawan blog aku suruh bagi komen terhadap lagu ini~
thanks..sebab aku memang tak pernah dengar..
aku ni tahap LEM kalau bab-bab lagu ni =p

ni lirik lagu tersebut~

mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dari hidupku

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

reff:
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencintai dirimu
aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

menyendiri lagi, menyendiri lagi
di saat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
di saat aku terbangun dari tidurku

repeat reff

semoga engkau kan mengerti tentang perasaan ini
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta (indahnya cinta)
maaf sungguh ku tak bisa (tak bisa) untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta

repeat reff

aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu aku sangat mencinta

download MP3

________________________________________________________________

seperti biasa..lagu ni mood sedih..
best..lirik die memang kena dengan kamu PUTERI HUJAN.

sedih tak bila dengar lagu ni PUTERI?
siyes.memang sangat-sangat kena dengan kamu..
lagi-lagi baris "menyendiri lagi..mnyendiri lagi"
hmm..refer berulang-ulang kali..kn?
lebih dari sekali..

ni lagu tema bagi kisah drama kamu..
drama kamu ini..sudah ada penamat nya?
walaupun Ya Kudus adalah penulis skrip mutlak..
tapi anda adalah pelakon yang menterjemahkan samada ke arah positif atau negatif..
PUTERI HUJAN..harap EMBUN akan sentiasa disampingmu.

facebook.

kenapa perlu cari medium yang tidak bernyawa untuk meluahkan segala nya..
(blog tidak termasuk=p)

anda tidak terasa ke jika kawan anda memilih facebook utk bercerita dari diri anda?

hmm~
wuteva~

anda lebih selesa begitu..saya hanya buat tak tahu..
perlu ke terasa?

mungkin anda nak tarik lebih perhatian apa yang anda luahkan..

so..enjoy ok!

tersenyum tatkala sebelum terlelap

juliet berkata~

bosan. tak boleh tido. merepek. hati resah. malam terang. hati gelita. fikiran merantau. denyut nadi hilang. sesekali dengar hembusan nafas sendiri. mengeluh, sesuatu bagai kusut tapi jelasnya tidak kelihatan. ingin dicari tapi tiada hujung pangkal. resah, resah hati gelisah. mahu digapai awan tak dirasa.malam hitam, langit cerah. mata pejam ta bermimpi.

kamil+romeo = komeo berkata kembali~

bosan kerna ada perkara yang tidak disukai berlaku berulang kali. hitam pasti akan luntur dan menjadi putih jika dibiar kan ia dimakan masa. bia lah ia berlaku dan berlalu. jangan paksa ia untuk menjadi putih. paksaan memerlukan daya tambahan. cukup lah daya yang sudah terbuang. simpan lah untuk diguna kan bagi menghadapi cabaran dan dugaan yang lain.

awan tinggi dan tak mampu digapai. indah tapi tak terasa. jika ia dapat dirasa, seri untuk awan mungkin tiada lagi. bia lah ia tinggi. bia la tidak sampai agar bumi tak kan terasa tersisih. yang tinggi selalu dicari dan dipuja. bagaimana yang rendah?

harta depan mata, indah dan mampu merasa. embun dingin di kala dinihari. sejuk suhu nya jika disentuh dek jari telunjuk. rendah dari awan namun tetap indah.

dewi mimpi tidak datang pada mu malam ini kerna perlu merancang skrip, drama dan pementasan untuk mu agar segala rantaian kebuntuan, kekusutan akan terlerai setelah tersedar dari alam mimpi yang panjang~

untuk mu juliet~
bia luka sembuh sendiri~
pejamkan pancaindera mu agar hati mu dapat membisik kan rayuan nya yang sekian lama tidak berani terbit.
lebuhraya bahagia untuk mu masih dalam pembinaan.

sangat lama da aku tak berkecimpung dalam menjawab tag somebody..
kali ni aku jawab..sebab die dari oversea.aku kena hargai pemberian die.thanks boss zurin.


a. berikan 1 nickname utk sayer [pemberi award]

hmm..demander! (aku da check google..memang ada word ni..aku ingat kan aku reka je..lala).tapi aku nak ubah skit word tu..jadi demon-der!

why?
sebab die suka tengok and ngorat gal lawa je..yang tak lawa die pas kat orang lain.haha~

b. berikan ucapan kepada pemberi award
terima kasih terhadap tag anda ini..bila ko nak reka award ko sendiri dan bagi kat aku?aku bagi idea..pastikan award ko tu berciri kan MATHS~

c. listkan 6 artis/band yang korunk minat
saya tak suka hiburan! lala~
ni antara yang aku minat..tak mendalam langsung minat aku ni..cuma sekelumit. jadi yang sekelumit ni la yang aku list-kan. enjoy~

i. kamikaze
ii. kristal
iii. boneca
iv. sixth sense
v. aizat
vi.eminem..(tak bape sure~)

d. tag siapa siapa yang berkenaan
tak mo.saya tak sapa nak kawan saya!

old skul..tapi masih best =)

lagu ni first aku dengar klu tak silap masa form 4..
hakikatnya dah keluar lagu ni tahun 95..tapi aku je lambat update..
sebab aku jarang suka hiburan berbentuk lagu..
ahaks~

last dengar masa aku first year..
best..aku stil ingat video klip final fantasy berlatar belakang kan lagu ni..
swit and nice dowh!

nah lirik nya..
aku copy paste je pun~


and when people step out this redline ,
i will never let them to go ,
never laugh cos this is the dead end ,
it is my end for its start to go ,

and when people step out this redline ,
means no other place need to go ,
let the future past in the mean time ,
and the great night kill all alone ,

it was u .. call me and told me ,
help me up and shine up my life ,
it was u .. call me again till lonely aaaa ,
it was u .. call me and told me ,
blur my eyes and tell me to do ,
is was u told me the lies i always spoke ,

and when people step out this redline ,
i will never let them to go ,
never laugh cos this is the dead end ,
it is my end for its start to go ,

and when people step out this redline ,
means no other place need to go ,
let the future past in the mean time ,

and the great night kill all alone ,

it was u .. call me and told me ,
help me up and shine up my life ,
it was u .. call me again till lonely aaaaa ,
it was u .. call me and told me ,
help me up and shine up my life ,
is was u told me the lies i always spoke ,

it was u .. call me and told me ,
help me up and shine up my life ,
it was u .. call me again till lonely aaaaa ,
it was u .. call me and told me ,
blur my eyes and tell me to do ,
it was u .. told me the lies i always do .


kalau terasa nak download mp3 dia..sila klik!

ingin~

PC aku rosak!
usia sudah menjangkau 5 tahun..

tapi aku masih nak gunta kau..
nak sangat update blog hari-hari..

sekarang terpaksa gunakan laptop adik.
cam sampah.slow.nak format,cd rom die tak leh guna..

dan lagi satu..keyboard huruf K susah nak tekan..
kepoh la ko ni keyboard.
aku kene taip slow2..
siot huruf K!
 
Copyright Info.

Nulla enim nibh, conse ctetuer sed, vesti bulum eleme ntum, sagittis nec, diam. Mauris blan dit vehi cula neque. Read More

XHTML/CSS validations
Valid XHTML 1.0 Transitional Valid CSS!